Saturday, July 3, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah


Assalamualaikum semua....

Welcome to my Blog.... Semoga korang semua berada dalam rahmat Allah hendaknya. Dalam apa yang kita lakukan haruslah diletakkan Allah dihadapan. InsyaAllah hidup kita akan kekal aman sehingga penghujung hayat.

Tiada apa yang menarik di laman blog ini sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi cerita-cerita yang bermanafaat.

Pada masa sekarang, aku agak sibuk menguruskan restoren masakan kampung yang mula beroperasi 3 bulan yang lepas. Agak berbaloi menjadikan bisnis sebagai punca rezeki. Setelah berbelas tahun bekerja makan gaji Wajarlah apa yang dilafazkan oleh Rasul S.A.W dengan mafhum baginda, perniagaan merupakan 9/10 punca rezeki.

Alhamdulilah setelah berpenat lelah hampir setahun melakukan renovasi dengan perbelanjaan yang agak besar maka lahirlah restoren yang diberi nama Warung Santapan Restu Ibu.

Kini setelah lebih 3 bulan beroperasi WSRI mula dikenali ramai. Seronok dan teruja bila melihat kebanyakkan pelanggan tersenyum puas setelah selesai menikmati juadah yang disediakan.

Dengan sokongan padu daripada isteri tercinta (Nadia Ayu) dan anak tersayang (haziq), aku amat bertuah memilik kedua-duanya.... Sementelah ibuku tidak putus-putus berdoa agar segala usahaku menemui kejayaan. Terima kasih Ibu, jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat. Semoga Ibu sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

Cuma aku agak terkilan apabila ayah terlebih dulu dijemput Ilahi. Tanggal 7 disember 2009 merupakan hari yang teramat sedih, Ayah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah Engkau cucurilah rahmat ke atas roh ayahku, Engkau tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.....

Aku rasa cukup sekadar disini dulu catatanku.... sehingga berjumpa lagi....

Wasalam...

No comments:

Post a Comment